ZAT MINERAL – IANYA PENTING UNTUK ANDA

Antara simptom yang paling kerap berlaku bagi seseorang yang kekurangan zat mineral adalah seperti:

Rasa tenat atau cramp pada bahagian kaki?

Tak dapat nak tidur dengan lena pada waktu malam akibat serangan cramp tersebut?

Keadaan yang di atas mungkin perkara remeh bagi kita atas sebab ianya tidak mengganggu aktiviti harian. Tapi yang sebenarnya, badan kita memberi hint bahawa simptom-simptom tersebut berpontensi membawa kemudaratan yang serius dari segi kesihatan kita. Cara yang paling mudah dan berkesan untuk mengetahui kadar micro-nutrient dalam badan adalah melalui ujian darah. Tapi, kita perlu berjumpa dengan doktor untuk buat ujian tersebut.

Berikut adalah simptom-simptom lanjut yang anda sendiri boleh kenal pasti bagi kekurangan setiap jenis micronutrient dalam badan anda.

Jenis-jenis zat mineral yang anda perlu ketahui

1. Magnesium

Kenapa zat mineral Magnesium penting: Magnesium memainkan peranan yang penting bagi fungsi mitochondria. Magnesium juga terlibat dalam banyak aktiviti-aktiviti biokimia dalam badan, membantu mengekalkan ritma jantung, sistem imun, dan fungsi otot.

Kekurangan magnesium sering dikaitkan dengan pelbagai kondisi seperti hypertension, masalah jantung, osteoporosis dan masalah diabetes.

Antara tanda-tanda awal kekurangan magnesium: Masalah bau badan, sunggugut, sembelit, cramp otot, insomnia, pening kepala dan letih badan.

Sumber makanan yang mengandungi magnesium: Sayur-sayuran hijau seperti kangkung, kekacang/seed, dan ikan mackerel.

 

2. Phosphorus

Kenapa ianya penting: Zat mineral phosphorus juga bertindak sebagai eletrolit dalam badan kita. Phosphorus adalah komponen penting bagi sel-sel badan dan tulang.

Ianya memainkan peranan yang penting dalam mengawal penyerapan zat kalsium (untuk kesihatan tulang dan gigi).

Sekiranya terdapat ganguan dengan kadar phosphorus dalam badan, berkemungkinan besar ianya akan memberi impak kepada tulang, dan keseimbangan elektrolit dalam badan.

Antara tanda-tanda seseorang itu mengalami kekurangan zat mineral phosphorus: Kurang selera makan, resah, sakit tulang, tulang yang rapuh, keletihan, pernafasan yang tidak sekata, mudah marah, kekejangan otot, lemah dan perubahan pada berat badan (University of Maryland Medical Center)

Sumber makanan yang mengandungi magnesium: Makanan yang kaya dengan protein seperti daging, ayam, ikan, telur, produk tenusu dan kekacang adalah makanan yang kaya dengan sumber phosphorus.

 

3. Zink

Kenapa ianya penting: Zink amat diperlukan untuk tumbesaran yang normal serta penting untuk perkembangan seksual seseorang. Ia juga membantu mengawal selera makan, stress dan deria bau dan rasa. Zink mampu bertindak sebagai antioksida dan terlibat secara tidak langsung dalam sistem imunisasi badan.

Tanda-tanda anda mungkin kekurangan zat mineral zink: Masalah tumbesaran, rambut gugur, diarrhea, kemandulan, masalah kesihatan mata dan kulit, hilang selera makan, hilang berat badan, luka yang lambat sembut dan hilang deria rasa

Sumber makanan yang kaya dengan zink: Daging lembu dan kambing, hati, kangkung, labu, dan ayam.

 

4. Kalsium

Kenapa kalsium penting: Kalsium adalah zat mineral dan juga elektrolit yang kebiasaannya berada pada tulang dan darah anda. Ianya penting dalam mengekalkan kesihatan sistem saraf, fungsi jantung, dan juga penting dalam proses pembekuan darah serta kontraksi otot.

Simptom kekurangan zat kalsium yang kritikal adalah seperti: masalah memori dan keraguan. Manakala kekurangan kalsium dalam darah boleh memberi impak kepada sistem saraf yang menyebabkan masalah pada mental seperti depression, halusinasi dan delusi (livestrong.com).

Makanan yang mengandungi zar kalsium: Produk tenusu (susu segar, yogurt, dan cheese), ikan sardin, sayuran (brokoli dan kobis)

Dinasihatkan agar anda mengambil kadar zat kalsium secara sederhana bagi mengelak bahaya terlebih kalsium.

 

5. Zat Besi

Mengapa zat besi penting: Dalam jumlah sedikit, zat besi amat penting untuk fungsi-fungsi badan yang optimum. Sekiranya anda kekurangan zat besi, badan anda tidak mampu menghasilkan sel hemoglobin untuk mengangkut oksigen keseluruh sel-sel badan. Seterusnya anda mungkin akan menghidap penyakit anemia (masalah kekurangan hemoglobin dalam darah)

Simptom kekurangan zat besi:  Adalah seperti simptom anemia termasuk; Letih, masalah pernafasan, pening, mual dan sejuk badan.

Makan yang kaya dengan zat besi: Daging, makanan laut, kacang, dan sayuran hijau.

Zat besi boleh menjadi toksik sekiranya diambil pada kadar yang berlebihan, dinasihatkan agar anda mengambil dalam kuantiti yang sederhana.

 

6. Potassium

Zat potassium penting kerana: Ianya membantu mengekalkan keseimbangan cecair serta kesimbangan asid dan alkali dalam badan. Potassium juga bertindak sebagai pencetus kontraksi otot-otot badan termasuk otot pada organ jantung. Keseimbangan potassium dengan sumber elektrolit yang lain ialah salah satu cara untuk mengetahui fungsi elektrolit yang optimal dalam badan.

Tanda-tanda anda mungkin kekurangan potassium: Lemah, cepat penat, kekejangan otot dan sembelit.

Makanan yang mengandungi banyak zat phosphorus: Buah-buahan sitrus, epal, pisang, apricots, kentang (kulit kentang), tomato, kangkung, cendawan, kekacang dan almonds.

 

7. Selenium

Selenium mungkin agak asing bagi kita. Kami pasti anda jarang mendengar malah mengetahui tentang fungsi selenium dalam badan.

Kenapa selenium ini penting?

Selenium adalah trace mineral yang penting dan ianya banyak terkumpul pada bahagian organ thyroid kita. Selenium bertindak khusus sebagai antioksida dan ianya adalah bahan penting dalam menegkalkan fungsi organ thyroid.

Tahukah anda tetang apa itu masalah hyperthyroidism?

Ianya adalah satu kondisi di mana kelenjar thyroid kurang menghasilkan hormon thyroid.

Keadaan ini secara fizikalnya akan menyebabkan anda mudah untuk letih dan tidak bermaya, kurang selera makan, peningkatan berat badan, keguguran rambut, tak tahan dangan suhu dingin, dengupan jantung yang lemah, kulit kering dan merekah, sembelit, masalah kitaran haid dan eyebag (livestrong.com).

Manakala secara emosi akan menyebabkan anda kurang tumpuan dan konsentrasi, mudah lupa, dan depress.

Bagaimana anda nak dapatkan sumber selenium?

Caranya adalah dengan memperbanyakkan gabungan diet seperti kacang brazil, kuaci, ikan seperti sardine dan salmon, kerang, daging, ayam, telur, cedawan seperti shiitake.

Kesimpulannya, cara terbaik untuk mendapat jumlah micro-nutrien di atas adalah melalui permakanan harian kita. Variasi diet perlu kita beri perhatian di samping kesegaran dan kebersihan makanan.

Kami juga ingin menasihatkan anda agar berhati-hati dengan makanan yang telah diproses dan yang telah diperkayakan dengan sesetengah micro-nutrien kerana pengambilan secara berlebihan boleh memudaratkan kesihatan kita.

Moga artikel kami kali ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada anda dan kami berharap agar anda sudi berkongsi maklumat di atas pada halaman media sosial anda. Sekian

#medinacare