Amenorhea – Jom Ketahui Lebih Lanjut

Amenorhea.

Fakta Amenorhea

  1. Amenorhea/Amenorea merujuk kepada ketiadaan kitaran haid; ia mungkin sama ada primer (wanita tidak pernah mengalami haid) atau sekunder (kitaran haid terhenti bagi wanita yang pernah haid).
  2. Kondisi genetik atau inborn adalah penyebab utama amenorea primer.
  3. Amenorea mungkin juga disebabkan oleh gangguan ovari, kelenjar pituitari, hypothalamus, atau rahim.
  4. Senaman intensif, penurunan berat badan yang melampau, penyakit fizikal, dan tekanan boleh menyebabkan amenorea.
  5. Amenorea adalah satu gejala dan bukan penyakit. Ianya amenorea dapat dicegah sekiranya penyebab amenorea dapat dikenal pasti.
  6. Kemandulan dan masalah tulang (osteoporosis) juga dikategorikan sebagai komplikasi amenorea.
  7. Rawatan termasuk pembedahan keabnormalan anatomi dan ubat-ubatan atau terapi hormon.

Definisi amenorea primer dan sekunder

Amenorea adalah istilah perubatan untuk ketiadaan kitaran haid, secara tetap atau sementara. Amenorea boleh diklasifikasikan sebagai primer atau sekunder. Untuk amenorea primer, tempoh haid tidak pernah bermula (selepas 16 tahun), manakala amenore sekunder didefinisikan sebagai ketiadaan haid selama tiga kitaran berturut-turut atau tempoh masa lebih daripada enam bulan daripada kitaran haid terakhir.

Kitaran haid dipengaruhi oleh banyak faktor dalaman seperti perubahan sementara pada tahap hormon, tekanan, dan penyakit serta faktor luaran atau persekitaran. Terlepas satu kitaran haid adalah normal, tetapi jika haid tidak berlaku dalam tempoh tertentu, ini mungkin menandakan simptom penyakit atau keadaan kronik sedang berlaku.

Apa yang menyebabkan amenorea?

Kitar haid yang normal berlaku akibat perubahan tahap hormon yang dirembes oleh ovari. Ovari bertindak balas terhadap isyarat hormon dari kelenjar pituitari pada otak, yang seterunya mengawal hormon yang dihasilkan di hipotalamus otak. Gangguan yang menjejaskan mana-mana komponen kitaran pengawalseliaan ini boleh menyebabkan amenorea. Walau bagaimanapun, penyebab selain hormon bagi gejala amenore pada wanita muda kadang-kadang disalah anggap bagi sesetengah individu (tiada haid bermaksud – kehamilan). Amenore bagi wanita yang hamil adalah mekanisma fisiologi biasa. Kadang-kadang, masalah hypothalamic, anorexia atau senaman yang melampau juga menjadi punca utama bagi amenorrhea primer atau sekunder (bergantung pada usia seseorang dan telah melalui menarche).

Amenorea primer

Amenorea primer biasanya disebabkan oleh kondisi genetik atau anatomi pada wanita muda yang tidak pernah mengalami haid (selepas 16 tahun) dan tidak hamil. Yang dimaksudkan dengan keadaan genetik ialah kondisi di mana terdapat beberapa atau kesemua organ rahim wanita tidak berkembang dengan sempurna ketika peringkat janin atau organ-organ rahim tersebut gagal berfungsi dengan baik. Penyakit kelenjar pituitari dan hipotalamus (kawasan otak yang mengawal pengeluaran hormon) juga boleh menyebabkan amenorea pimer kerana kawasan ini memainkan peranan penting dalam pengawalan hormon ovari.

Abnormaliti Gonadal, suatu keadaan di mana ovari pada awalnya kehabisan folikel dan oosit (sel telur) yang seterunya membawa kepada kegagalan awal fungsi ovari. Kondisi ini adalah yang paling biasa berlaku di kalangan wanita muda.

Sindrom Turner juga adalah salah satu kondisi genetik di mana wanita yang mempunya sindrom ini akan kekurangan semua atau sebahagian gene daripada salah satu kromosom X yang biasanya terdapat pada wanita. Bagi Sindrom Turner, ovari akan digantikan oleh tisu parut dan mengakibatkan pengeluaran estrogen yang rendah. Kematangan kelamin wanita dan sifat seks luaran yang disebabkan oleh estrogen gagal berlaku pada wanita  yang menghidapi Sindrom Turner.

Keadaan lain yang mungkin menyebabkan amenorrhea primer termasuklah kongenital hiperplasia adrenal, dan sindrom polikistik ovari (PCOS).

Amenorea sekunder

Kehamilan adalah sebab yang paling biasa untuk kondisi amenore sekunder. Terdapat juga punca-punca lain termasuklah keadaan abnormaliti yang mempengaruhi ovari, rahim, hypothalamus, atau kelenjar pituitari.

Amenorea hipotalamik adalah disebabkan gangguan dalam hormon pengawal selia yang dihasilkan oleh hipotalamus pada otak. Hormon pengawal selia ini mempengaruhi kelenjar pituitari, yang seterusnya akan menghantar isyarat kepada ovari untuk menghasilkan hormon untuk kitaran haid. Berikut adalah keadaan boleh mempengaruhi fungsi hipotalamus:

  1. Kehilangan berat badan yang melampau
  2. Tekanan emosi atau fizikal
  3. Senaman yang keterlaluan
  4. Penyakit yang kronik

Terdapat juga jenis penyakit yang lain yang boleh menyebabkan amenore sekunder:

  1. Tumor atau penyakit lain pada kelenjar pituitari yang membawa kepada peningkatan tahap hormon prolaktin (yang terlibat dalam pengeluaran susu badan)
  2. Hipotiroidisme
  3. Tahap androgen yang tinggi
  4. Kegagalan ovari (kegagalan ovari pramatang atau menopaus awal)
  5. Sindrom polikistik ovari (PCOS)
  6. Sindrom Asherman, disebabkan oleh parut rahim selepas bersalin.

Pill kawal kehamilan

Wanita yang telah berhenti menggunakan pil kontraseptif seharusnya akan mengalami haid kembali dalam masa tiga bulan. Sebelum ini, dipercayai bahawa pil kontraseptif akan meningkatkan risiko amenorea wanita, tetapi ianya tidak benar. Wanita yang tidak kembali haid semula selepas tiga bulan, berpotensi tinggi untuk mengalami gejala amenore sekunder.

Apakah gejala amenorea?

  1. Gejala amenorea primer atau sekunder dikenalpasti sekiranya:
  2. Tidak menstruasi haid pada dan selepas berumur 16 tahun; atau seorang wanita yang sebelum ini mempunyai kitaran haid tetapi ianya terhenti selama tiga kitaran berturut-turut, atau dalam tempoh masa enam bulan atau lebih (Bukan disebabkan kehamilan).
  3. Gejala ketidakseimbangan hormon atau hormon lelaki(androgen) yang berlebihan yang mengakibatkan kitaran haid yang tidak teratur, pertumbuhan rambut yang tidak diingini, pendalaman suara, dan jerawat.
  4. Kadar prolaktin yang boleh mengakibatkan galaktorrhea (pelepasan susu dari puting yang tidak berkaitan dengan penyusuan susu ibu).

Bagaimana amenorea didiagnosis?

Diagnosis amenore memerlukan rekod perubatan yang lengkap untuk mengenalpasti gejala amenorea serta penyakit lain yang mungkin menyebabkan amenorea. Pemeriksaan fizikal, termasuk pemeriksaan pelvik juga dilakukan.

Bergantung kepada rekod perubatan dan pemeriksaan fizikal, ujian diagnostik yang lain juga mungkin akan dilakukan untuk kepastian. Ujian darah dapat memberi maklumat mengenai tahap hormon ovari, hipofisis, dan hormon tiroid. Ujian ini mungkin juga termasuk pengukuran prolaktin, hormon yang merangsang folikel (FSH), estrogen, tirotropin, dehydroepiandrosterone sulfate (DHEA-S), dan testosteron. Bagi sesetengah individu, ujian kehamilan adalah ujian pertama yang dilakukan.

Kaedah pengimejan, seperti ultrasound, X-ray, dan pengimbasan CT atau MRI mungkin juga disyorkan untuk individu-individu tertentu bagi mencari punca amenorea.

Apakah rawatan untuk amenorea?

Jenis rawatan bagi amenorea primer dan sekunder ditentukan oleh penyebab berlakunya gejala amenorea. Matlamat rawatan mungkin berbeza, contohnya; untuk melegakan simptom ketidakseimbangan hormon, menstruasi haid, mencegah komplikasi, dan / atau mencapai kesuburan.

Bagi kes-kes berkenaan dengan masalah genetik atau anatomi (biasanya untuk kes amenorea utama), pembedahan mungkin disyorkan kepada pesakit.

Amenorea hipotalamik ialah kondisi yang berkaitan dengan penurunan berat badan, senaman yang berlebihan, penyakit fizikal, atau tekanan emosi. Kebiasannya masalah-masalah tersebut dapat ditangani sendiri oleh pesakit. Sebagai contoh, peningkatan berat badan dan pengurangan intensiti senaman biasanya dapat memulihkan kitaran haid pada wanita yang telah mengalami amenorea akibat penurunan berat badan atau senaman intensif. Bagi sesetengah kes, kaunseling pemakanan mungkin diperlukan bagi mendapatkan nasihat pemakanan yang betul.

Untuk kegagalan ovari pramatang, terapi hormon mungkin disyorkan untuk mengelakkan pengurangan estrogen serta mencegah komplikasi yang berkaitan dengan tahap estrogen yang rendah seperti osteoporosis. Rawatan yang diperlukan mungkin denagn penggunaan pil kontraseptif untuk wanita yang tidak berhasrat untuk hamil atau ubat estrogen dan progesteron alternatif. Walaupun terapi hormon pasca menopause telah dikaitkan dengan risiko kesihatan tertentu bagi wanita yang lebih tua, wanita muda dengan kegagalan ovari pramatang juga mendapat manfaat daripada terapi ini untuk mencegah masalah tulang.

Wanita dengan PCOS (sindrom polikistik ovarium ) dapat manfaat daripada rawatan yang mengurangkan tahap atau aktiviti hormon lelaki, atau androgen.

Ubat agonis dopamine seperti bromocriptine (Parlodel) dapat mengurangkan paras prolaktin tinggi, yang mungkin bertanggungjawab terhadap amenorea.

Walaupun banyak syarikat dan individu telah memasarkan terapi herba sebagai rawatan untuk amenorrhea, tidak satu pun daripada ini telah terbukti bermanfaat. Sebelum mengambil ubat-ubatan semula jadi atau alternatif untuk amenorrhea, adalah baik untuk mendapatkan nasihat daripada pengamal penjagaan kesihatan anda terlabih dahulu sebelum membuat keputusan.

Apakah komplikasi amenorea?

Kemandulan adalah komplikasi amenorea yang ketara bagi wanita yang ingin hamil. Osteopenia (pengurangan kepadatan tulang) atau osteoporosis adalah komplikasi akibat paras estrogen yang rendah. Secara am nya, komplikasi lain amenorea bergantung kepada punca amenorea.

Dapatkah amenorea dicegah?

Amenorea adalah gejala dan bukannya penyakit. Oleh itu, amenorea dapat dicegah sekiranya penyebab terjadinya amenorea tersbut dapat diatasi. Contohnya, amenorea yang disebabkan oleh keadaan genetik atau bayi tidak dapat dicegah. Sebaliknya, amenorea yang disebabkan oleh diet atau senaman intensif amat mudah untuk dicegah.

 

Sekian saja Care & Share berkenaan amenorea pada kali ini. TQ