Remaja – FAQ Ringkas Untuk Haid Kali Pertama

Apa itu akil baligh bagi seseorang remaja?

Akil baligh adalah masa apabila tubuh remaja mula berubah menjadi lebih seperti orang dewasa. Bermula nya tempoh haid anda adalah salah satu daripada perubahan ini.

Apakah yang dimaksudkan dengan haid?

Apabila akil baligh bermula, otak anda memberi isyarat kepada badan untuk menghasilkan hormon. Hormon-hormon ini akan mempersiapsediakan tubuh anda untuk proses kehamilan sekiranya persenyawaan berlaku. Proses ini lah dikenali sebagai kitaran haid. Hormon akan menyebabkan lapisan tisu rahim menjadi lebih tebal dengan darah. Salah satu ovari anda kemudian mengeluarkan telur dan proses ini dipanggil ovulasi. Telur akan bergerak ke bawah melalui salah satu daripada dua tiub fallopian menuju ke arah rahim.

Sekiranya telur tidak disenyawakan dengan sperma, kehamilan tidak berlaku. Lapisan rahim akan runtuh dan mengalir keluar dari badan melalui vagina. Pelepasan darah dan tisu dari lapisan rahim dikenali sebagai haid.

Bilakah saya akan mula haid?

Kebanyakan gadis memulakan kitaran haid mereka pada usia di antara 12 tahun hingga 14 tahun, tetapi ada juga yang mula haid dengan lebih awal.

Berapa lamakah tempoh haid?

Apabila kitaran haid anda bermula, ia mungkin hanya berlangsung selama beberapa hari. Beberapa kitaran haid pertama anda mungkin sangat ringan. Hanya keluar sedikit darah coklat kemerah-merahan di antara 2 hingga 7 hari. Ini adalah normal.

Berapa kerap saya akan haid?

Kitaran haid dikira dari hari pertama pendarahan dalam satu bulan hingga hari pertama pendarahan pada bulan berikutnya. Kitaran haid purata adalah lebih kurang 28 hari, tetapi kitaran yang berlaku dalam 21 hingga 45 hari juga normal. Ia mungkin mengambil masa selama 6 tahun atau lebih selepas menarche untuk kitaran haid anda menjadi normal.

Kenapa saya perlu merekod kitaran haid saya?

Sekiranya anda melakukan perkara di atas setiap bulan, anda akan tahu corak dan jangkamasa kitaran haid anda. Ia juga memudahkan anda untuk meramal bila haid seterusnya akan berlaku. Kini terdapat banyak applikasi phone yang dapat membantu anda menjejaki kitaran haid anda.

Bagaimanakah saya mengira kitaran haid saya pada kalendar?

Untuk menjejaki kitaran haid anda pada kalendar, tandakan hari pertama pendarahan bermula dan setiap hari berikutnya sehingga proses haid berhenti. Kiraan bermula pada hari pertama pendarahan bermula sehingga hari pertama haid yang seterusnya.

Apakah produk penjagaan diri yang saya perlukan semasa haid?

Pad, digunakan untuk menyerap aliran haid. Tampon dan cawan haid menangkap aliran dari dalam faraj anda. Pads, tampons dan cawan haid digunakan secara berasingan dan juga yang boleh digunakan sekali gus.

Bagaimana pad digunakan?

Pad dipakai pada dalam seluar dalam untuk mengumpul aliran haid. Ia datang dalam pelbagai saiz, gaya, serta ketebalan. Ada yang mempunyai bahan tambahan di sisi yang dipanggil “wing”  untuk membantu memastikan pad berada di posisi yang betul dan ini memberikan perlindungan yang lebih baik. Versi yang lebih nipis dan lebih pendek daripada pad dikenali sebagai “pantyliner”.

Berapa kerapkah saya perlu menukar pad?

Tukar pad anda sekurang-kurangnya setiap 4-8 jam atau setiap kali ia penuh atau terasa basah dan tidak selesa.

Bagaimana tampon digunakan?

Sesetengah tampon mempunyai tabung aplikator plastik atau kadbod yang membantu slaid tampon di posisi yang betul. Sesetengah tampon tidak mempunyai aplikator dan dimasukkan dengan hanya dengan menggunakan jari.

Bagaimanakah saya memilih tampon?

Sama seperti pad, tampon datang dalam pelbagai saiz untuk haid yang berat atau ringan. Paket tampon akan memberitahu anda berapa banyak cecair yang dapat diserap. Contohnya “super” tampon, lebih tebal dan khas untuk aliran haid berat. Tampon “thin” atau “junior” adalah nipis bagi aliran haid yang ringan.

Berapa kerap saya perlu menukar tampon saya?

Anda perlu menukar tampon anda sekurang-kurangnya setiap 4-8 jam. Menggunakan tampon dalam masa yang lama telah dikaitkan dengan sindrom kejutan toksik. Apabila aliran anda lebih berat, anda mungkin perlu menukarkan tampon dengan lebih kerap.

Apakah cawan haid?

Cawan haid diperbuat daripada plastik atau getah. Ianya dimasukkan ke dalam faraj untuk menangkap aliran haid. Anda dinasihatkan agar mengeluar dan mengosongkan cawan haid setiap 8-12 jam. Terdapat cawan haid pakai buang dan ada juga jenis yang boleh diguna selepas dibersihkan.

Adakah haid menyebabkan sakit atau ketidakselesaan?

Sesetengah remaja perempuan mengalami cramp di bahagian perut, bahagian bawah atau belakang atau payudara sebelum sebelum dan semasa haid mereka berlaku. Ada juga di kalangan wanita mengalami sakit kepala dan pening, mual dan cirit-birit.

Untuk membantu meredakan kekejangan, anda boleh cuba yang berikut:

  • Ambil ibuprofen atau natroxen natrium (jika anda tidak mempunyai alergi atau asma yang teruk). Sentiasa patuh pada dosage yang perlu diambil.
  • Senaman.
  • Letakkan pad pemanas, bungkusan haba, atau sumber haba yang lain pada bahagian perut atau kawasan rahim.

Apakah amenorea?

Amenorea ialah keadaan dimana seseorang perempuan yang tidak mengalami haid. Ia adalah perkara biasa bagi sesetengah remaja perempuan untuk tidak mula kitaran haid sehingga umur 16 tahun. Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan agar berjumpa dengan doktor anda sekiranya kitaran haid masih tidak bermula pada umur 15 tahun. Anda juga harus berjumpa dengan doktor sekiranya kitaran haid anda terhenti selama 3 bulan selepas kitaran haid pertama anda.

Bagaimana jika saya mengalami haid yang berat?

Jika anda mengalami pendarahan yang banyak, anda perlu menukar pad atau tampon anda setiap 1-2 jam. Manakala, sekiranya jika haid anda berlaku lebih daripada 7 hari, anda perlu berjumpa dengan doktor secepat mungkin.

Bagaimana jika saya mempunyai kitaran haid yang tidak teratur?

Anda harus memberitahu doktor jika kitaran haid normal anda menjadi tidak teratur selama beberapa bulan.

 

Glosari

Amenorea: Ketiadaan tempoh haid.

Telur: Sel reproduksi wanita yang dihasilkan dan dilepaskan dari ovari; juga dikenali sebagai ovum.

Tiub Fallopian: Tiub melalui telur yang bergerak dari ovari ke rahim.

Hormon: Bahan yang dihasilkan oleh badan untuk mengawal fungsi pelbagai organ.

Ovari: Dua kelenjar, terletak di kedua-dua belah rahim, yang mengandungi telur yang dikeluarkan pada ovulasi dan menghasilkan hormon.

Ovulasi: Pelepasan telur dari salah satu ovari.

Sperma: Suatu sel lelaki yang dihasilkan dalam testis lelaki yang dapat menyuburkan telur betina.

Sindrom Kejutan Toksik: Penyakit yang teruk disebabkan oleh jangkitan bakteria.

Uterus: Sebuah organ otot yang terletak di pinggul wanita yang mengandungi dan menyuburkan janin yang sedang hamil semasa kehamilan.

Vagina: Struktur seperti tiub yang dikelilingi oleh otot yang membawa dari rahim ke bahagian luar badan.