Menarche – Kitaran Haid Pertama Bagi Remaja

Tahukah anda, haid pertama dikenali sebagai “Menarche“?. Kebiasaanya bermula di antara umur 11 hingga 14 tahun, tetapi ada juga sesetengah remaja mula haid seawal umur 9 tahun. Jika anda seorang remaja, anda dinasihati agar berjumpa dengan doktor jika anda haid anda masih tidak bermula pada usia 15 tahun. “Menarche” adalah tanda anda mula menjadi seorang wanita. Seiring dengan kitaran haid pertama anda, physiologi tubuh badan juga akan berubah. Antara perubahan physiologi yang anda akan hadapi adalah pembesaran pada payudara, rambut kemaluan, dan rambut bawah lengan dan pinggul anda mula melebar. “Menarche” juga bermakna jika anda melakukan hubungan seks, anda boleh hamil. Malah anda juga boleh hamil pada bulan sebelum kitaran haid pertama anda bermula.

Menarche – Haid Pertama Anda

Hari-hari sebelum kitaran haid bermula, anda mungkin berasa tegang atau emosi. Anda mungkin juga akan berasa kembung dan mengalami sakit (cramp) di bahagian perut, belakang, atau kaki yang mungkin berlaku selama beberapa jam atau lebih. Payudara anda akan menjadi lembut daripada biasa.

Apabila kitaran haid bermula, anda mungkin akan terkejut melihat tompokan darah pada pakaian atau semasa mandi. Aliran darah dari faraj biasanya ringan pada permulaan dan mungkin menjadi lebih berat selama beberapa hari sebelum reda. Darah mungkin berwarna perang pada awalnya dan kemudian bertukar menjadi warna merah cerah. Kitaran haid biasanya akan berlangsung selama 3 hingga 7 hari setiap bulan.

Ibu, doktor, ahli keluarga perempuan adalah individu terbaik untuk mendapatkan nasihat tentang penggunaan produk feminin untuk pendarahan, seperti tampon atau tuala wanita. Tampon kebiasaan nya digunakan semasa melakukan aktiviti-aktiviti fizikal yang berat seperti berenang. Terdapat juag pad yang mempunyai jalur pelekat dipakai bersama seluar dalam. Anda dinasihatkan agar selalu menukar tampon dan pad dengan kerap. Kitaran haid tidak menghalang anda melakukan apa-apa aktiviti yang biasanya anda lakukan.

Sekiranya anda mengalami senggugut anda, terdapat pelbagai cara seperti bersenam, menggunakan beg panas, mandi dengan air panas, dan mengambil ubat anti-radang nonsteroid (NSAIDs) seperti ibuprofen atau naproxen boleh membantu mengurangkan masalah senggugut. Sila pastikan bahawa anda baca dan ikuti semua arahan pada label untuk pengambilan ubatan NSAIDs.

Sekiranya anda berusia lebih muda dari 20 tahun, jangan ambil aspirin.

Aspirin menimbulkan risiko sindrom Reye, penyakit yang mempengaruhi otak dan hati. Jika rawatan ini tidak membantu, berbincanglah dengan doktor tentang ubat-ubatan preskripsi.

Kitaran Haid

Kitaran haid adalah jumlah hari haid pertama sehingga hingga hari haid yang berikutnya (bulan yang seterusnya). Kebiasaannya bagi sesorang remaja adalah selama 21 hingga 45 hari.

Untuk tahun pertama atau dua, kitaran anda mungkin tidak teratur dan anda mungkin tidak mempunyai jarak haid yang tidak menentu. Sekiranya anda kurang berat badan akibat diet atau senaman atau disebabkan banyak tekanan emosi, atau berat badan berlebihan, tempoh kitaran haid anda mungkin sukar untuk diramalkan.

Langkah yang diajurkan adalah dengan menyimpan kalendar, dan tandakan hari pertama haid anda setiap bulan. Langkah ini boleh membantu anda meramalkan kitaran haid yang seterusnya dan juga berguna apabila anda ingin mendapatkan nasihat daripada dengan doktor berkenaan dengan masalah kitaran haid.

Kitaran menstruasi membolehkan anda untuk hamil. Kebiasaanya pada pertengahan kitaran haid, anda akan ovulate, bermaksud salah satu ovari anda akan melepaskan telur (Ovum). Anda mungkin mengalami spotting dari vagina pada waktu perlepasan ovum.

Adalah berkemungkinan besar anda akan hamil jika melakukan hubungan seks pada hari ovulasi atau pada mana-mana lima hari sebelum itu.

Fakta Kehamilan

Sebaiknya anda harus menganggap bahawa anda boleh hamil pada bila-bila masa dalam sebulan. Masa ovulasi adalah berbeza untuk setiap wanita, terutama mereka yang mempunyai kitaran haid yang tidak menentu.

Jangan bergantung pada nasihat rakan anda tentang kehamilan. Sebaiknya sila rujuk pada profesional kesihatan- seperti doktor, jururawat sekolah, atau pengamal jururawat dan ibu bapa untuk maklumat tentang cara-cara mencegah kehamilan dan topik mengenai jangkitan seksual.

Diharap artikel kami kali ini bermanfaat untuk anda. Sekian