Anovulasi – Punca kegagalan kehamilan

Anovulasi bermaksud proses ovulasi yang tidak berlaku. Seperti yang kita tahu, ovulasi adalah proses pelepasan ovum daripada organ ovari. Proses ini penting sekiranya seseorang wanita berhasrat untuk hamil. Terdapat juga keadaan dimana proses ovulasi berlaku secara tidak konsisten, juga dikenali sebagai oligovulasi.

Kedua-dua anovulasi dan oligovulasi ini secara am nya dikategorikan sebagai disfungsi ovulasi. Disfungsi ovulasi merupakan punca utama ketidaksuburan wanita.

Apakah Gejala Anovulasi atau Disfungsi Ovulasi?

Kebiasaannya, wanita yang mempunyai masalah anovulasi juga mengalami kitaran haid yang tidak teratur. Bagi kes yang seruis, terdapat juga golongan wanita yang mengalami amonorrhea (tiada kitaran haid yang berlaku). Jika kitaran haid anda lebih pendek daripada 21 hari, atau lebih lama daripada 36 hari, anda MUNGKIN mengalami disfungsi ovulasi. Jika kitaran haid anda berada dalam lingkungan biasa antara 21 hingga 36 hari, tetapi panjang tempoh kitaran anda berbeza-beza dari bulan ke bulan, ia MUNGKIN juga merupakan tanda disfungsi ovulasi.

Contohnya, sekiranya kitaran haid anda adalah 22 hari pada bulan ini tetapi bulan seterusnya pula 35 hari, maka variasi antara kitaran seperti ini BOLEH menandakan masalah ovulasi. Namun begitu, sesorang wanita mungkin mempunyai kitaran haid yang normal tetapi sebenarnya tiada proses ovulasi (kes unik). Kitaran haid di mana ovulasi tidak berlaku dipanggil kitaran anovulasi.

Bagaimana Adakah Disfungsi Anovulasi dan Ovulasi Menyebabkan Kemandulan?

Bagi pasangan yang tidak mempunyai masalah/potensi kemandulan, peluang konsepsi/kehamilah adalah kira-kira 25% setiap bulan.

Walaupun proses ovulasi berlaku, tiada jaminan kehamilan akan berlaku kerana proses kehamilan juga bergantung dengan pelbagai faktor-faktor yang lain. Apabila seseorang wanita mengalami masalah di atas, dia tidak akan dapat hamil kerana tiada ovum untuk disenyawakan. Manakala terdapat sedikit peluang kehamilan untuk wanita yang mempunyai kes oligovulasi.

Proses ovulasi yang lewat mempengaruhi kualiti ovum yang dilepaskan dan ini juga mengurangkan kebarangkalian proses persenyawaan untuk berlaku. Juga, ovulasi yang tidak teratur juga bermaksud hormon dalam badan wanita tidak berada dalam jumlah yang optimum (kuantiti yang tepat).

Masalah hormon seperti ini kadang-kadang boleh membawa kepada isu-isu lain, seperti:

  • Kekurangan lendir serviks yang membantu kesuburan
  • Ketebalan endometrium yang tidak sesuai (kawasan implan telur yang telah disenyawakan)
  • Tahap progesteron yang rendah
  • Fasa luteal yang lebih pendek

Apa yang menyebabkan Anovulasi?

Terdapat beberapa faktor yang menjadi punca kepada masalah ini. Punca yang paling kerap untuk masalah disfungsi ovulasi ini adalah sindrom ovarium polikistik, atau PCOS. Punca lain yang berpotensi menyebabkan ovulasi tidak teratur atau tidak berlaku:

  • Obesiti
  • Berat badan yang terlalu rendah
  • Senaman yang melampau
  • Hyperprolactinemia
  • Kegagalan ovari pramatang
  • Perimenopause, atau rizab ovari yang rendah
  • Disfungsi tiroid (hipertiroidisme)
  • Tahap stres yang tinggi

Bagaimana Diagnosis Anovulasi?

Doktor anda akan bertanya tentang kitaran haid anda. Jika anda mengalami kitaran yang tidak teratur atau tiada haid, doktor akan suspek risiko anovulasi berlaku.

Seterusnya, doktor anda akan mengambil sampel darah untuk memeriksa tahap hormon. Salah satu ujian itu mungkin termasuk ujian darah progesteron hari ke 21 dalam kitaran haid anda.

Selepas proses ovulasi, paras progesteron akan meningkat. Jika paras progesteron anda tidak meningkat, anda mungkin tidak berovulasi. Doktor anda juga mungkin akan melakukan ujian ultrasound. Ujian ini akan memeriksa bentuk dan saiz rahim dan ovari, dan juga mengenalpast sama ada berlakunya polycystic, gejala PCOS.

Ultrasound juga boleh digunakan untuk mengesan perkembangan folikel dan ovulasi, walaupun ini tidak lazim dilakukan. Dalam kes ini, anda mungkin diminta untuk menjalankan ujian ultrasound dalam tempoh satu hingga dua minggu.

Apakah Rawatan Potensial untuk Anovulasi?

Rawatan yang dicadangkan adalah bergantung kepada punca anovulasi. Terdapat juga kes anovulasi boleh dirawat hanya dengan perubahan gaya hidup dan diet yang sihat.

Jika punca masalah ini adalah akibat berat badan yang rendah maka anda dicadangkan untuk menambah berat badan dengan makan pada waktu yang ditetapkan.

Begitu juga untuk obesiti. Jika anda mengalami berat badan berlebihan, kehilangan 10 peratus berat badan berpotensi untuk memulakan semula proses ovulasi. Rawatan yang paling biasa untuk anovulasi adalah ubat kesuburan. Biasanya, Clomid adalah ubat kesuburan pertama yang akan dicadangkan. Clomid dapat merangsangkan ovulasi bagi wanita yang mengalami anonulasi, dan membantu wanita untuk hamil dalam tempoh jangkaan tertentu. Sekiranya Clomid tidak berfungsi, terdapat juga rawatan kesuburan yang lain. Sila rujuk dengan pakar perubatan mengenainya.

Sekiranya penyebab anovulasi adalah kegagalan ovari pramatang, atau rizab ovari yang rendah, maka ubat kesuburan mungkin kurang berkesan. Tetapi itu tidak bermakna anda tidak dapat hamil dengan telur anda sendiri. Bagi wanita yang tidak dapat mengandung dengan telur mereka sendiri maka golongan ini boleh memohon rawatan IVF dengan penderma telur.

Sekian saja untuk share kami kali ini. Diharap agar anda sudi untuk share artikel ini yang berkemungkinan membawa manfaat kepada kenalan anda. Sekian 🙂