Menorrhagia yang menggangu aktiviti harian wanita

Menorrhagia adalah kondisi di mana, wanita yang mengalami haid yang berat dan berpanjangan sehingga mengganggu aktiviti harian. Ia adalah salah satu jenis masalah ginekologik yang paling biasa dilaporkan sehingga menjejaskan lebih dari 10 juta wanita di Amerika Syarikat setiap tahun.

Apa itu menorrhagia dan apa yang menyebabkannya?

Secara puratanya, darah yang hilang semasa haid adalah sekitar 30 hingga 40 mililiter, atau 2 hingga 3 sudu besar, dalam tempoh 4 hingga 5 hari. Manakala, dalam kes menorrhagia pula darah yang hilang lebih daripada 80 mililiter dalam satu kitaran, atau dua kali ganda jumlah biasa.

Kebiasaanya, seseorang wanita akan berjumpa dengan doktor jika kitaran haid mereka mula menggangu aktiviti harian mereka.

Terdapat juga takrif lain bagi kes menorrhagia iaitu “Kehilangan darah haid yang keterlaluan bagi seseorang wanita sehingga dia tidak dapat menguruskannya.”

Kondisi ini berlangsung lebih lama daripada 7 hari kitaran normal, dan wanita yang mempunyai masalah ini perlu menukar pad atau tampon setiap 2 jam atau lebih kerap.

Darah beku juga mungkin berlaku (clot yang lebih besar daripada biasa), dan wanita juga mungkin akan mengalami masalah anemia akibat darah yang hilang terlalu banyak.

Menorrhagia adalah salah satu aduan ginekologi yang paling sering dilaporkan. Separuh daripada wanita yang didiagnosis dengan kondisi menorrhagia masih lagi tidak jelas punca nya tetepi perlu diingatkan bahawa kondisi ini mungkin diakibatkan oleh masalah patologi yang lebih serius.

Punca

Menorrhagia mungkin berlaku apabila kitaran haid yang tidak membebaskan sel telur dan keadaan ini boleh membawa masalah ketidakseimbangan hormon. Kitaran haid tanpa ovulasi, yang dikenali sebagai anovulasi biasanya berlaku di kalangan mereka yang:

  • Peringkat awal kitaran haid
  • Menghampiri menopaus

Sebab-sebab lain menorrhagia adalah sperti:

  1. Gangguan hormon: Jika berlaku perubahan dalam fluktuasi normal progesteron dan estrogen, endometrium (lapisan dalaman rahim) akan menebal secara berlebihan. Akibat ketebalan yang keterlaluan maka darah haid akan menjadi banyak.
  2. Kegagalan fungsi ovari: Jika ovari tidak melepaskan telur, maka tiada lah progesteron dihasilkan dan akan mengakibatkan ketidakseimbangan hormon.
  3. Fibroid pada kawasan rahim: Fibroid adalah tumor yang tidak kronik, atau juga dipanggil “benign”.
  4. Polip rahim: Ketumbuhan ini boleh jadi akibat daripada tahap hormon yang tinggi.
  5. Adenomyosis: Kelenjar dari endometrium terbenam dalam otot rahim.
  6. Peranti Intrauterine Bukan Hormon (IUD): Jenis peranti kawalan kelahiran ini boleh mengakibatkan pendarahan yang lebih banyak daripada biasa.
  7. Penyakit radang pelvik (PID): PID adalah jangkitan kuman pada organ-organ pembiakan yang boleh mengakibatkan komplikasi teruk.
  8. Komplikasi yang berkaitan dengan kehamilan: Contoh adalah keguguran atau kehamilan ektopik.
  9. Kanser: Rahim, kanser serviks dan kanser ovari yang mempengaruhi sistem pembiakan.
  10. Gangguan pendarahan oleh faktor keturunan: Ini termasuk penyakit Von Willebrand atau gangguan fungsi platlet darah.
  11. Ubat-ubatan: Ubat anti-radang dan antikoagulan boleh mengakibatkan pendarahan yang berat.

Atara kondisi kesihatan lain yang boleh mencetuskan menorrhagia termasuk gangguan tiroid, endometriosis, dan penyakit hati atau buah pinggang.

Tanda dan gejala

Tanda-tanda dan gejala menorrhagia adalah seperti berikut:

Pendarahan haid yang banyak sehingga tuala hadi perlu setiap jam selama beberapa jam
Perlu menukar pad atau tampon di tengah malam
Aliran haid atau pendarahan yang berlangsung lebih dari seminggu
Laluan darah beku yang bersaiz seperempat atau lebih besar
Aktiviti harian yang terganggu akibat darah haid yang banyak keluar
Tanda dan gejala anemia, termasuk keletihan, lesu dan sesak nafas
Sakit pada bahagian abdomen dan pelvis

Sekiranya pendarahan haid/menorrhagia mengganggu kehidupan harian, kesejahteraan sosial, fizikal, atau emosi anda, maka adalah perlu bagi anda untuk mendapatkan bantuan.

Rawatan

Rawatan menorrhagia bergantung kepada kes individu.

Terapi ubat termasuklah seperti di bawah:

Suplemen zat besi untuk merawat anemia
Asid tranexamic, atau Lysteda, diambil pada masa pendarahan untuk membantu mengurangkan kehilangan darah
Kontraseptif oral untuk mengawal kitaran haid dan mengurangkan tempoh dan kuantiti pendarahan
Progesteron oral untuk merawat ketidakseimbangan hormon dan mengurangkan pendarahan

Wanita yang mengalami masalah pendarahan, seperti penyakit von Willebrand atau hemofilia, semburan hidung Desmopressin atau Stimate dapat meningkatkan kadar protein yang berfungsi untuk pembekuan darah.

Anti-radang nonsteroidal (NSAIDs), seperti ibuprofen, atau Advil, boleh digunakan untuk merawat dysmenorrhea, atau kekejangan haid yang menyakitkan. Walau bagaimanapun, NSAIDS juga boleh meningkatkan risiko pendarahan.

Teknik pembedahan

Terdapat beberapa jenis prosedur pembedahan yang bertujuan untuk merawat atau melegakan gejala menorrhagia, sperti:

  • Dilation & curettage (D & C) adalah prosedur pembedahan untuk mengikis lapisan rahim
  • Embolisasi arteri rahim untuk merawat fibroid (penyebab menorrhagia) dengan menyekat arteri yang memberi sumber darah pada sel sel fibroid
  • Hysteroscopy melibatkann kamera yang dimasukkan ke dalam rahim untuk menilai lapisan, membantu penyingkiran fibroid, polip, dan lapisan rahim.
  • Ablasi ultrasound (menggunakan gelombang ultrasonik) yang difokuskan untuk membunuh tisu fibroid.
  • Myomectomy adalah pembedahan untuk menghilangkan fibroid.
  • Hysterectomy mengeluarkan rahim dan serviks, dan, kadang-kadang, ovari.

Jenis teknik pembedahan yang dipilih mengambil kira punca dan sejauh mana kondisi menorrhagia, umur dan kesihatan pesakit.

Diagnosis

Sekiranya pendarahan menyukarkan aktiviti harian, maka adalah idea yang baik untuk terus berjumpa doktor. Doktor akan meminta pesakit menerangkan tentang gejala yang dialami dan seterusnya menjalankan pemeriksaan fizikal.

Ujian yang boleh membantu untuk menilai menorrhagia termasuklah:

  • Ujian darah untuk memeriksa gangguan seperti anemia, penyakit tiroid, dan gangguan pembekuan darah.
  • Pap smear untuk menilai jangkitan serviks, keradangan, displasia, dan kanser
  • Biopsi endometrium menguji lapisan rahim untuk sebarang sel abnormal dan kanser
  • Ultrasound untuk menilai organ pelvis termasuk rahim dan ovari
  • Sonohysterogram, yang melibatkan mengisi cecair khas ke dalam rahim dan menggunakan ultrasound untuk menilai tahap kesihatan rahim
  • Hysteroscopy, di mana kamera dimasukkan ke dalam rahim untuk memeriksa lapisan endometrium
  • Dilation & curettage, bukan sahaja digunakan untuk rawatan tetapi juga untuk mengesan abnormaliti dalam rahim

Wanita yang menyimpan rekod haid akan membantu dalam proses diagnosis ini.

Jenis pendarahan yang tidak normal selain daripada menorrhagia termasuk:

Polmenorrhea: haid yang berlaku terlalu kerap
Oligomenorrhea: haid terlalu ringan atau jarang
Metrorrhagia: haid yang tidak teratur
Pendarahan postmenopausal: Berlaku lebih dari satu tahun selepas tempoh normal terakhir menopaus

Sekian saja care & share kami untuk topik ini. Kami akan terus menulis post-post khusus yang berkaitan dengan kesihatan wanita. Kami berharap agar anda sudi untuk share article kami pada kali ini pada ruangan sosial media anda. TQ