Sindrom PCOS atau Polycystic ovary syndrome

Sindrom PCOS

Sindrom PCOS atau Polycystic Ovary Syndrome adalah gangguan hormon yang biasa berlaku di kalangan wanita pada usia reproduktif/subur. Wanita yang mempunyai PCOS mungkin mempunyai tempoh haid yang jarang atau berpanjangan akibat tahap hormon androgen yang berlebihan dalam badan mereka. Ovari wanita yang menghidapi sindrom ini akan menghasilkan banyak koleksi cecair (folikel) yang kecil yang gagal untuk dilepaskan secara teratur.

Sebab sebenar PCOS masih lagi tidak diketahui. Sekiranya diagnosis dan rawatan awal diikuti dengan usaha penurunan berat badan dapat mengurangkan risiko serta komplikasi jangka panjang seperti diabetes jenis 2 dan penyakit jantung.

Simptom

Gejala-gejala PCOS sering kali berlaku ketika haid pertama (menarche) akil baligh. Kadangkala, sindrom PCOS juga boleh terjadi secara tindak balas terhadap peningkatan berat badan yang drastik.

Sindrom PCOS ini mempunyai gejala yang berbeza-beza bagi setiap individu. Diagnosis PCOS perlu dilakukan apabila seseorang induvidu itu mengalami dua tanda berikut:

  1. Kitaran haid tidak teratur. Kitaran haid yang tidak teratur, atau berpanjangan adalah tanda PCOS yang paling kerap dikenal pasti. Sebagai contoh, sesorang wanita itu mungkin mempunyai kurang daripada sembilan kali haid dalam masa setahun, lebih daripada 35 hari jarak antara hari pertama haid dan mengalami haid yang berat.
  2. Kadar hormon androgen yang tinggi dalam badan. Tanda peningkatan hormon ini boleh dikenalpasti melalui tanda-tanda fizikal seperti ketumbuhan rambut yang berlebihan (hirsutism), dan kadang-kadang jerawat yang teruk dan keguguran rambut.
  3. Ovari polycystic. Ovari individu yang mengalami PCOS mungkin menjadi besar akibat daripada folikel-folikel yang mengelilingi telur. Lama kelamaan ovari tersebut mungkin akan gagal berfungsi secara normal.

Tanda dan gejala PCOS biasanya akan lebih teruk sekiranya individu tersebut gemuk.

Bila perlu jumpa doktor?

Sekiranya anda bimbang mengenai haid anda, ketidaksuburan, dan mempunyai tanda-tanda fizikal hormon androgen yang tinggi, sebaiknya anda dinasihatkan untuk merujuk pakar perubatan mengenai masalah tersebut.

Punca-punca PCOS

Sebab sebenar PCOS masih lagi belum diketahui. Antara faktor-faktor yang mungkin mengakibatkan masalah ini termasuk:

  1. Insulin yang berlebihan dalam badan. Insulin ialah hormon yang dihasilkan dalam pankreas yang membolehkan sel-sel badan menggunakan gula sebagai bekalan tenaga badan kita. Jika sel-sel badan kita menjadi anti-insulin, kadar kandungan gula dalam darah naik dan ini akan mengakibatkan badan kita menghasilkan lebih banyak insulin. Insulin yang berlebihan ini berkaitan dengan kadar peningkatkan pengeluaran androgen dalam badan dan akhirnya menyebabkan kesukaran untuk proses ovulasi.
  2. Keradangan kadar rendah. Proses keradangan adalah tidakbalas semulajadi badan untuk mengeluarkan sel darah putih bertujuan untuk melawan jangkitan. Kajian telah membuktikan bahawa wanita yang mempunyai sindrom PCOS juga mempunyai jenis keradangan rendah di mana keadaan ini merangsang ovari polycystic untuk menghasilkan hormon androgen. Keadaan ini juga boleh menyebabkan masalah jantung dan saluran darah.
  3. Keturunan. Kajian juga membuktikan bahawa terdapat gene tertentu mungkin berkaitan dengan sindrom PCOS.
  4. Lebihan androgen.

Komplikasi PCOS termasuk

  1. Kemandulan.
  2. Kencing manis atau tekanan darah tinggi yang disebabkan oleh kehamilan.
  3. Keguguran atau kelahiran pramatang.
  4. Steatohepatitis (bukan akibat alkohol) – keradangan hati yang teruk yang disebabkan oleh pengumpulan lemak dalam hati.
  5. Sindrom metabolik – keadaan-keadaan seperti termasuk tekanan darah tinggi, gula darah tinggi, dan paras kolestrol yang tidak normal atau trigliserida yang dapat meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular.
  6. Diabetis 2 atau prediabetes.
  7. Apnea.
  8. Kemurungan dan ganguan selera makan.
  9. Pendarahan rahim yang tidak normal.
  10. Kanser pada lapisan rahim (kanser endometrium).

Obesiti juga boleh dikaitkan dengan PCOS dan boleh memburukkan komplikasi sindrom PCOS.

Diagnosis

Tiada ujian khas untuk mengenalpasti sindrom PCOS secara tepat. Doktor mungkin akan bertanyakan sejarah perubatan anda merangkumi soalan berkenaan dengan kitaran haid dan perubahan berat badan anda. Pemeriksaan fizikal termasuklah pemeriksaan tanda-tanda ketumbuhan rambut yang berlebihan, ujian insulin dan masalah jerawat.

Doktor anda mungkin mengesyorkan:

  1. Pemeriksaan pelvik. Doktor akan memeriksa organ rahim anda untuk sebarang ketumbuhan yang abnormal.
  2. Ujian darah. Darah akan dianalisis bagi mengukur tahap hormon. Ujian ini dapat mengecualikan kemungkinan lain penyebab haid yang tidak teratur dan juga akibat tahap androgen yang menyerupai sindrom PCOS. Anda juga mungkin perlu melakukan ujian darah tambahan untuk mengukur kadar toleransi glukosa dan tahap kolesterol dan trigliserida (puasa).
  3. Ultrasound. Dengan kaedah ini, doktor dapat memeriksa ovari serta ketebalan lapisan rahim anda.

Jika anda disyaki mempunyai PCOS, doktor akan mencadangkan pemeriksaaan tambahan bagi menangani komplikasi. Ujian tersebut termasuklah:

  • Pemeriksaan berkala tekanan darah, toleransi glukosa, dan tahap kolesterol dan trigliserida.
  • Konsultasi untuk masalah kemurungan dan kecemasan.
  • Pemeriksaan untuk apnea (pernafasan obstruktif waktu tidur).

Rawatan

PCOS kebiasaannya adalah untuk kesan sampingan PCOS seperti ketidaksuburan, hirsutism, jerawat atau obesiti. Rawatan juga mungkin memerlukan individu yang mempunyai PCOS membuat perubahan gaya hidup.

Perubahan gaya hidup

Doktor anda boleh mengesyorkan penurunan berat badan melalui diet kalori rendah yang digabungkan dengan aktiviti senaman yang sederhana. Walaupun dengan penurunan berat badan yang berkala – contohnya, kehilangan 5 peratus berat badan asal – mampu memberi kesan yang baik terhadap masalah PCOS. Kehilangan berat badan juga dapat meningkatkan keberkesanan ubat-ubatan yang dicadangkan oleh doktor anda untuk merawat PCOS, dan ianya membantu masalah ketidaksuburan.

Ubat-ubatan

Bagi mengawal masalah kitaran haid anda, doktor mungkin akan mengesyorkan:

  1. Gabungan pil kawalan kelahiran. Pil yang mengandungi estrogen dan progestin bagi mengurangkan kadar perlepasan androgen dan mengawal selia estrogen. Memperbaiki kesimbangan hormon dapat menurunkan risiko kanser endometrium dan memperbaiki pendarahan yang tidak normal, ketumbuhan rambut yang berlebihan dan jerawat.
  2. Terapi progestin. Mengambil progestin selama 10 hingga 14 hari setiap satu hingga dua bulan dapat mengawal kitaran haid dan melindungi anda daripada kanser endometrium. Terapi progestin tidak meningkatkan tahap androgen dan juga tidak menghalang kehamilan.

Untuk membantu proses perlepasan ovum, doktor mungkin mencadangkan:

  1. Clomiphene (Clomid). Ubat anti-estrogen oral ini diambil semasa bahagian pertama kitaran haid anda.
  2. Letrozole (Femara). Rawatan kanser payudara ini juga boleh berfungsi untuk merangsang ovari.
  3. Metformin (Glucophage, Fortamet, yang lain). Ubat oral untuk diabetes 2 yang memperbaiki kadar insulin.
  4. Gonadotropin. Ubat hormon ini diambil melalui kaedah suntikan.

Untuk mengurangkan pertumbuhan rambut yang berlebihan, doktor anda mungkin mencadangkan:

  1. Pil kawalan kelahiran. Pil ini mengurangkan pengeluaran androgen dalam badan yang menjadi penyebab ketumbuhan rambut yang berlebihan.
  2. Spironolactone (Aldactone). Ubat ini menghalang kesan androgen pada kulit. Spironolactone boleh menyebabkan kecacatan lahir dan tidak digalakkan jika anda hamil atau merancang untuk hamil.
  3. Eflornithine (Vaniqa). Krim ini boleh melambatkan pertumbuhan rambut muka pada wanita.
  4. Elektrolisis. Jarum kecil dimasukkan ke dalam setiap folikel rambut. Jarum mengeluarkan denyut arus elektrik untuk merosakkan dan akhirnya memusnahkan folikel. Anda mungkin memerlukan beberapa sesi rawatan.

Perubahan gaya hidup

Untuk membantu mengurangkan kesan PCOS, cuba:

  • Mengekalkan berat badan yang sihat. Tanya doktor anda tentang program kawal berat badan.
  • Hadkan karbohidrat. Diet rendah lemak, diet karbohidrat mungkin meningkatkan tahap insulin. Tanya doktor anda tentang diet rendah karbohidrat jika anda mempunyai PCOS.
  • Sentiasa aktif. Sekiranya anda mempunyai PCOS, meningkatkan aktiviti harian anda dan menyertai program senaman secara konsisten boleh merawat atau mencegah rintangan insulin dan membantu mengekalkan berat badan anda dan mengurangkan risiko diabetes.

Sekian saja untuk artikel kami pada kali ini, diharap agar sedikit sebanyak mampu memberi informasi berguna kepada anda. Kami menasihatkan anda agar merujuk pakar perubatan untuk maklumat lanjut bagi mengelakkan kekeliruan mengenai sindrom PCOS.